Laporkan scammer yang menipu tetamu atau pengusaha homestay.
Halaman ini diwujudkan untuk membantu pelancong dan pengusaha homestay mengenal pasti, mengelak, dan melaporkan scammer. InapKita.com komited memastikan setiap tempahan dibuat dengan selamat dan telus.

Tanda-tanda penipuan
- Tawaran harga terlalu murah berbanding pasaran.
- Pemilik meminta bayaran penuh sebelum pengesahan tempahan.
- Tiada resit rasmi atau bukti transaksi.
- Akaun media sosial baru atau tiada ulasan pelanggan.
- Nombor telefon atau akaun bank tidak sepadan dengan nama homestay.
Langkah keselamatan sebelum menempah
- Gunakan platform rasmi seperti InapKita.com untuk semua tempahan.
- Semak ulasan dan gambar homestay sebelum membuat bayaran.
- Elakkan berurusan melalui mesej peribadi tanpa pengesahan.
- Simpan semua bukti transaksi dan komunikasi.
- Laporkan segera jika ada aktiviti mencurigakan.
Laporkan scammer di sini
Gunakan borang rasmi di bawah untuk melaporkan scammer yang menipu tetamu atau pengusaha homestay.
Borang: Senarai Hitam Scammer Homestay
Tujuan: Mengumpul maklumat scammer untuk membina senarai hitam komuniti.
Isi Borang Laporan Scammer