Garis Panduan Penyenaraian Homestay Yang Dipercayai
Di InapKita, kami percaya bahawa kepercayaan bermula dengan maklumat yang jelas dan jujur.
Standard InapKita diwujudkan untuk membantu pengusaha homestay menyediakan penyenaraian yang lebih profesional, mudah difahami dan meyakinkan bakal tetamu sebelum membuat tempahan.
Ini bukan sekadar peraturan, tapi ia adalah panduan untuk meningkatkan tempahan dan reputasi homestay anda.
Mengapa Standard Ini Penting?
Ramai tetamu membuat keputusan dalam beberapa saat sahaja ketika melihat iklan homestay.
Jika maklumat tidak lengkap atau gambar tidak jelas, mereka akan:
a) Hilang keyakinan
b) Beralih ke homestay lain
c) Tidak bertanya langsung
Standard InapKita membantu:
a) Meningkatkan kepercayaan
b) Mempercepatkan keputusan tempahan
c) Mengurangkan pertanyaan berulang
d) Meningkatkan kadar booking
1. Gambar Sebenar & Lengkap
Gambar adalah faktor paling penting dalam iklan homestay.
Setiap penyenaraian digalakkan mempunyai:
a) Semua bilik tidur
b) Bilik air
c) Ruang tamu
d) Dapur
e) Tempat letak kereta
f) Bahagian luar rumah
Panduan:
a) Guna pencahayaan semula jadi
b) Elakkan gambar terlalu gelap
c) Pastikan ruang kemas sebelum ambil gambar
d) Elakkan gambar terlalu banyak filter
2. Maklumat Homestay Yang Jelas
Tetamu tidak suka meneka.
Setiap penyenaraian perlu menyatakan:
a) Bilangan bilik tidur
b) Bilangan tetamu maksimum
c) Kemudahan disediakan
d) Jenis katil
e) Lokasi tepat
f) Waktu check-in & check-out
Maklumat lengkap = keyakinan lebih tinggi.
3. Harga Yang Telus
Harga perlu dinyatakan dengan jelas tanpa kekeliruan.
Disarankan:
a) Harga weekday & weekend (jika berbeza)
b) Caj tambahan (jika ada)
c) Deposit (jika perlu)
Ini membantu mengelakkan salah faham antara tetamu dan pengusaha.
4. Lokasi Yang Tepat & Mudah Difahami
Lokasi adalah faktor penting, tetapi perlu disampaikan dengan jelas.
Contoh:
“5 minit ke Hospital Shah Alam”
“Berdekatan UiTM Shah Alam”
“10 minit ke i-City”
Elakkan maklumat kabur seperti:
“Lokasi strategik”
“Berdekatan bandar”
5. Respons Pantas Kepada Tetamu
Kecepatan menjawab pertanyaan sangat mempengaruhi tempahan.
Pengusaha digalakkan:
a) Menjawab WhatsApp dengan cepat
b) Memberi maklumat lengkap
c) Menggunakan bahasa yang mesra
Respons lambat = peluang tempahan hilang.
6. Kemas Kini Maklumat Secara Berkala
Penyenaraian perlu sentiasa relevan.
Kemas kini jika:
a) Ada renovasi baru
b) Harga berubah
c) Kemudahan bertambah
d) Gambar baru tersedia
Maklumat lama boleh menjejaskan kepercayaan.
7. Konsistensi & Kejujuran
Standard paling penting:
Apa yang ditunjukkan dalam gambar mestilah sama seperti keadaan sebenar.
Tiada:
a) Gambar yang diedit keterlaluan
b) Iklan yang berlebihan
c) Maklumat mengelirukan
Kejujuran membina reputasi jangka panjang.
Contoh Penyenaraian Yang Baik
a) Gambar jelas setiap ruang
b) Maklumat lengkap
b) Harga dinyatakan
c) Lokasi jelas
d) Respons pantas
e) Konsisten & jujur
Apa Yang Berlaku Jika Tidak Ikut Standard?
Penyenaraian yang tidak lengkap biasanya:
a) Kurang klik
b) Kurang pertanyaan
c) Kurang tempahan
d) Kurang kepercayaan
Standard Ini Untuk Siapa?
Untuk Pengusaha Homestay
Membantu meningkatkan tempahan dan reputasi.
Untuk Tetamu
Membantu membuat keputusan dengan lebih yakin dan cepat.
Untuk InapKita
Membina platform yang dipercayai dan berkualiti.
Kesimpulan
Standard InapKita diwujudkan untuk satu tujuan utama:
Meningkatkan kepercayaan antara pengusaha dan tetamu melalui maklumat yang jelas, jujur dan lengkap.
Kami percaya bahawa homestay yang telus akan lebih mudah berkembang, lebih mudah dipercayai, dan lebih mudah mendapat tempahan.
Sertai Standard InapKita
Ingin memastikan homestay anda mendapat lebih banyak tempahan?